Sunday, April 3, 2011

Newton 1st Law

“Every body remains in a state of constant velocity unless acted upon by an external unbalanced force”.

Kalau siapa yang pernah belajar fizik, tak kisah la peringkat sekolah ke atau universiti, mesti pernah belajar menda ni. Topic yang paling basic sekali, dalam ‘law of motion’, biasanya dalam chapter 1 atau 2. Law of motion ni di compiled oleh Sir Isaac newton. Dia ni kira org penting la dlm fizik, banyak menyumbang dalam area mechanics.


Aku suka sangat subjek fizik ni sebab die menerangkan apa yang berlaku di alam ni. Kenapa kipas berpusing, kenapa menda jatuh bile kene lepas, kenapa panas, kenapa sejuk, dan yang paling best, semua hukum-hukum fizik juga boleh kita apply dalam psychology. Ok, skang ape yang kita boleh blaja ngan newton 1st law ni...


Hukum ni mengatakan yang semua benda akan berada dalam keadaan asal dia (static atau bergerak) sehinggalah diberi suatu daya luar atau daya asing. Maksudnya, satu benda yang pada asalnya bergerak, akan terus bergerak sampai bila2 pun melainkan kita apply satu daya pada dia, baru dia boleh stop, atau satu benda yang static, akan selamanya static sehingga lah kita apply daya pada dia, baru dia akan bergerak...


So apa yang kita boleh dapat dari hukum ni? Dalam Surah ar-ra’d, ayat 11, Allah berfirman:


“إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ” “

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri”


Dalam hidup ni, kita akan sentiasa dalam keadaan kita yang sekarang dan untuk berubah bukan senang, kita kene guna kekuatan yang ada dalam diri kita. Dalam newton’s 1st law ni pun kita akan blaja tentang inertia.


Inertia dari segi definition adalah, “The resistance of any physical object to a change in its state of motion or rest”, atau dlm bahasa melayunya adalah kecenderungan sesuatu objek untuk menentang sebarang nemtuk perubahan. Maksudnya jika pada asalnya objek itu bergerak, jika di beri tenaga untuk berubah kepada berhenti, objek itu sendiri akan menentang perubahan tu. Ini biasa kita rasa masa naik kereta, time nak stop, badan kita akan melonjak kedepan sebab inertia ni.


Sama gak kalo kita nak berubah, memula tu mcm payah giler sebab kita skang dalam keadaan selesa atau comfort zone, tapi lepas kita dah start, tak de la susah sangat. Mcm masa kita nak tolak troli berat, mase memula nak tolak tu, berat sangat, tapi bila troli dah mula gerak, senang jer nak tolak. Then bila kita dah istiqamah, susah unutk kita buang sifat atau amalan kita tu, sebab inertia gak, macam mana susahnya kita nak bentikan troli berat yang kita tolak td....

No comments:

Post a Comment